LATAR BELAKANG KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH



 Tapak asalnya kolej ini ialah merupakan sebuah estet penanaman getah.  Di zaman pendudukan tentera Jepun, tapak kolej ini ialah merupakan bekas sebuah landasan kapal terbang (airstrip) tentera Jepun. Prasarana dan bangunan asal kolej (blok A dan blok B) mula dibina pada tahun 1983 dibawah peruntukan Colombo Plan Kolej dibuka pada tahun 1984 dengan 18 buah kelas,  210 orang pelajar dan 10 orang tenaga pengajar dan diberi nama Sekolah Menengah Vokasional Juasseh.  Sekolah mula memperolehi bekalan elektrik dan air pada 20 Feb 1984. Kolej ini dinaikkan taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik mulai tahun 1997 di bawah Fasa 2 rancangan kerajaan dengan menukarkan Sekolah Menengah Vokasional menjadi Sekolah Menengah Teknik. Sekolah MenengahTeknik ditukar semula menjadi Sekolah Menengah Vokasional pada tahun 2010 dengan masih mengekalkan kursus-kursus aliran teknik, vokasional dan kemahiran sedia ada. Sekolah ini dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional mulai tahun 2013 dengan menawarkan 10 kursus baru dengan menggunakan sistem semester selama4 tahun. Para pelajar akan memperolehi diploma .























KURSUS YANG DITAWARKAN

  • TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
  • TEKNOLOGI KIMPALAN
  • TEKNOLOGI AUTOMOTIF
  • TEKNOLOGI PEMBINAAN
  • TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAAN
  • TEKNOLOGI ELEKTRIK
  • TEKNOLOGI ELEKTRONIK
  • SISTEM RANGKAIAN DAN KOMPUTER
  • PERAKAUNAN
  • PENGURUSAN PERNIAGAAN

SEJARAH KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH


 Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Jenis sekolah ialah sekolah bantuan penuh kerajaan dan bukan asrama penuh. Menawarkan pendidikan menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5.Sekolah ini berkeluasan 30.5 ekar dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Pekan terdekat adalah pekan Juasseh dan Batu Kikir manakala bandar terdekat pula adalah Kuala Pilah dan Bahau.Jarak sekolah dari bandar terdekat adalah 12km manakala dari pejabat pelajaran daerah pula adalah 11km. Sekolah pada asalnya dikelilingi ladang getah tetapi kini telah diganti dengan kelapa sawit dan kawasan perumahan.Sekolah ini asalnya adalah sebuah estet dan terdapat beberapa buah rumah pekerja termasuk rumah pengurus estet. Sebelum terbinanya estet, sekolah ini merupakan landasan kapal terbang tentera Jepun.Bangunan asal sekolah ini dibina di bawah Colombo Plan. Pada tahun 1984 cuma 9 buah bilik darjah daripada 18 buah kelas sahaja digunakan kerana bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 210 orang dan guru pula seramai 10 orang Sekolah ini mula mendapat bekalan air dan elektrik pada 20 Februari 1984. Pada awal penubuhan sekolah ini, beberapa peralatan seni perusahaan yang terdapat di Sekolah Menengah Za’aba dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar turut dipindahkan ke sekolah ini.Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada:- • 2 buah blok bilik darjah dan pentadbiran • 1 buah dewan besar • 8 buah bengkel • sebuah makmal sains • 3 blok asrama