SEJARAH KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH


 Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Jenis sekolah ialah sekolah bantuan penuh kerajaan dan bukan asrama penuh. Menawarkan pendidikan menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5.Sekolah ini berkeluasan 30.5 ekar dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Pekan terdekat adalah pekan Juasseh dan Batu Kikir manakala bandar terdekat pula adalah Kuala Pilah dan Bahau.Jarak sekolah dari bandar terdekat adalah 12km manakala dari pejabat pelajaran daerah pula adalah 11km. Sekolah pada asalnya dikelilingi ladang getah tetapi kini telah diganti dengan kelapa sawit dan kawasan perumahan.Sekolah ini asalnya adalah sebuah estet dan terdapat beberapa buah rumah pekerja termasuk rumah pengurus estet. Sebelum terbinanya estet, sekolah ini merupakan landasan kapal terbang tentera Jepun.Bangunan asal sekolah ini dibina di bawah Colombo Plan. Pada tahun 1984 cuma 9 buah bilik darjah daripada 18 buah kelas sahaja digunakan kerana bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 210 orang dan guru pula seramai 10 orang Sekolah ini mula mendapat bekalan air dan elektrik pada 20 Februari 1984. Pada awal penubuhan sekolah ini, beberapa peralatan seni perusahaan yang terdapat di Sekolah Menengah Za’aba dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar turut dipindahkan ke sekolah ini.Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada:- • 2 buah blok bilik darjah dan pentadbiran • 1 buah dewan besar • 8 buah bengkel • sebuah makmal sains • 3 blok asrama

No comments:

Post a Comment